fbpx

Erma Fatima pakai kasut Fattah, netizen seru Rosyam Nor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AKSI Erma pinjam kasut Fattah di London menggeletek hati netizen.

PETALING JAYA – Momen lucu pengarah Erma Fatima meminjam kasut hitam milik aktor Fattah Amin untuk menghadiri sebuah acara di Universiti Oxford, London mencuri perhatian ramai.

Pemilik nama penuh Fatimah Ramad Ali, 56, itu dilihat selamba meminjam kasut Fattah kerana tiga sepatunya rosak hingga tidak boleh digunakan lagi.

Meskipun tidak muat, Erma tetap menggayakan kasut Fattah semata-mata mahu sama dengan rona bajunya selian tampak lebih formal.

Bagaimanapun, ramai netizen memetik nama pelakon Datuk Rosyam Nor yang pernah berseloroh mencadangkan Fattah berkahwin dengan Erma.

“Tolong ‘tag’ (menandai) Datuk Rosyam Nor. Kita beroleh kemenangan pertama,” kata netizen.

“Kelakarnya Erma, tiba-tiba teringat Datuk Rosyam Nor suruh Fattah kahwin dengan dia,” ujar pengikut.

“Mula-mula pinjam kasut, lama-lama pinjam hati. Ini elok beritahu Datuk Rosyam,” tutur peminat.

Sebelum ini, Rosyam berseloroh menyarankan Fattah berkahwin dengan Erma Fatima ketika menjalani sebuah penggambaran.

Fattah atau nama sebenarnya Abdul Fattah Mohd Amin, 35, yang mendengar gurauan tersebut kelihatan tercengang sebelum memberi reaksi terkejut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI