fbpx

Doktor rugi RM433,700 termakan umpan untung RM15,000 dalam tiga jam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUANTAN – Termakan umpan keuntungan sebanyak RM15,000 dalam tiga jam dengan modal pelaburan pertama hanya RM500 membuatkan seorang doktor akhirnya berputih mata apabila mengalami kerugian sebanyak RM433,700 selepas terperdaya dengan penipuan dalam talian.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, kejadian bermula pada 3 Julai tahun lalu selepas mangsa yang merupakan wanita berusia 44 tahun melihat iklan pakej pelaburan bitcoin.

“Seterusnya mangsa berminat dengan tawaran tersebut dan menekan pautan disediakan di dalam group tersebut sebelum disambungkan kepada WhatsApp pentadbir group.

“Terdapat beberapa pakej pelaburan yang ditawarkan bermula dari RM500 sehingga RM5,000 sebelum mangsa memilih pakej ‘basic’ dengan modal RM500 dan mendapat keuntungan sebanyak RM15,000 dalam masa tiga jam,”katanya di sini hari ini.

Menurutnya, sepanjang tempoh pelaburan tersebut mangsa telah membuat pembayaran 22 kali transaksi ke 16 akaun berbeza secara berperingkat berjumlah RM433,700.

Katanya, mangsa kemudiannya tidak mendapat apa-apa pulangan dan merasa ditipu sebelum membuat laporan polis.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI