fbpx

‘Bosan asyik jadi penunggang agama, bagi saya watak lain’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AZHAN BERKATA lambakan tawaran menjayakan karakter penunggang agama disebabkan ledakan watak Ustaz Hamadi dalam drama Nur. - SYAKIR RADIN

KUALA LUMPUR – Watak penunggang agama sahaja mesti saya.”

Itu yang diluahkan pelakon Azhan Rani yang mengakui bosan melakonkan watak penunggang agama.

Kata Azhan atau nama penuhnya Azhan Abdul Rani, 49, lambakan tawaran menjayakan karakter penunggang agama disebabkan ledakan watak Ustaz Hamadi dalam drama Nur arahan Shahrulezad Mohameddin.

Sebenarnya saya bosan bawa watak penunggang agama. Selepas drama Nur, terlalu banyak tawaran hingga saya terpaksa tolak seperti watak ustaz dan imej alim.

“Setiap kali saya muncul dengan drama baharu, saya selalu berharap penonton dapat fokus sekali gus dapat menutup kegilaan terhadap watak Ustaz Hamadi,” katanya yang ditemui pada Majlis Pelancaran Unifi TV Originals Ramadan Raya 2025, di sini, semalam.

Bukan sahaja berharap, Azhan turut bertemu dengan Shahrulezad bagi memastikan tidak ditawarkan watak yang sama.

“Kalau dengan pengarah lain pun, asal watak penunggang agama saja mesti saya.

“Hinggakan saya pergi jumpa Shahrulezad dan minta beri satu karakter untuk tutup watak Ustaz Hamadi.

Nak dijadikan cerita, ketika nak buat Nur 2, saya tak mahu tetapi selepas dipujuk saya okey cuma nak matikan watak itu. Jadi, kalau ada Nur 3, tanpa saya,” jelasnya.

Dalam masa sama, dia enggan terlalu terikat dengan watak klise pada usia ini dan terus diberi peluang meneroka pelbagai jenis karakter lain.

“Umur saya pun sudah meniti senja, saya tak mahu habiskan sisa usia dengan satu watak. Banyak lagi karakter yang mahu dicuba.

“Saya cabar Shahrulezad beri saya watak berbeza tapi makan diri sebab setiap karakter semakin berat.

Kalau boleh saya tak mahu jadi pelakon stereotaip dan mahu terus cuba banyak watak lain tetapi ikut kemampuan saya. Selagi ada ruang memilih, saya akan pilih karakter lebih baik,” ujarnya.

Terbaharu, Azhan bakal muncul dengan drama rantaian, Wok menerusi platform penstriman Unifi TV bersama Sharifah Sakinah, Lisdawati dan Nafiez Zaidi sempena Ramadan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI