fbpx

Bas buat aksi ‘wheelie’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bas tersebut terjongket setinggi 3 meter. - Matichon

BANGKOK – Sebuah bas awam terjongket setinggi 3 meter di bahagian hadapan akibat tersangkut pada kabel elektrik bervoltan tinggi, lapor laman berita Thaiger hari ini.

Kejadian berlaku pada pukul 12.20 tengah malam (waktu tempatan) semalam di persimpangan Maihai Sawan, Thon Buri, Bangkok.

Pemandu bas yang berusia 34 tahun, Apinya berkata, dia sedang menuruni Jambatan Krungthep ketika kemalangan berlaku.

Semasa membelok di selekoh ke arah Jalan Chom Thong, Apinya menyedari jalan itu licin dan berminyak, menyebabkan tayar hadapan bas tergelincir ke arah kabel tiang elektrik.

Cermin sisi kiri bas tersangkut pada kabel tersebut, menyebabkan kenderaan itu tidak dapat bergerak. 

Tiada kecederaan serius atau kematian dilaporkan ketika bas tersebut membawa cuma tiga penumpang.

Pihak Berkuasa Elektrik Metropolitan dan kren besar kemudian tiba di lokasi kejadian untuk mengeluarkan bas itu. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI