fbpx

Bank rugi RM1.325 juta tertipu pinjaman peribadi palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Enam individu termasuk empat wanita serta seorang pengurus institusi kewangan ditahan reman selepas disyaki memperdaya sebuah bank di Terengganu.

KUALA TERENGGANU – Enam individu termasuk tiga wanita diberkas bagi membantu siasatan memperdaya sebuah institusi kewangan di negeri ini dalam urusan perbiayaan peribadi melibatkan kerugian RM1.325 juta.

Kesemua suspek berusia dalam lingkungan 26 hingga 55 tahun diberkas di sekitar negeri ini, Johor dan Selangor pada semalam.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd. Khairi Khairuddin berkata, keenam-enam suspek merupakan pegawai institusi kewangan, peniaga dan suri rumah.

Beliau berkata, penahanan mereka dibuat berdasarkan aduan dibuat pengurus institusi kewangan tersebut pada 28 Januari lalu.

“Pengurus institusi kewangan berusia 42 tahun itu mendakwa tujuh pelanggan menggunakan dokumen dan data palsu bagi mendapatkan kelulusan pembiayaan peribadi bernilai keseluruhan RM1.325 juta.

“Semua permohonan pinjaman terbabit telah diluluskan pada sekitar bulan Januari hingga April tahun lalu,” katanya di sini hari ini.

Mohd. Khairi berkata, siasatan awal mendapati suspek-suspek mendakwa kononnya sebagai penjawat awam di Johor sewaktu membuat permohonan pinjaman tersebut.

Beliau berkata, mereka kemudiannya tidak membuat pembayaran ansuran bulanan perbiayaan tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI