fbpx

Anwar rakam penghargaan buat Erdogan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar sambut Erdogan di Seri Perdana hari ini.

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan penghargaan kepada Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan, atas lawatan rasmi dua hari di negara ini.

Anwar dalam hantaran di Facebook berkata, lawatan itu antara lain meningkatkan lagi hubungan dua hala dan kerjasama Malaysia-Turkiye.

“Lawatan Erdogan adalah atas jemputan saya dalam usaha mengeratkan hubungan kukuh antara kedua-dua negara, berdasarkan keakraban yang telah lama terjalin, terutama selepas peningkatan tahap hubungan kepada Perkongsian Strategik Komprehensif (CSP) pada Julai 2022.

“Usai tiba di Perdana Putra, Erdogan dan delegasi diberikan sambutan rasmi dan pemeriksaan pasukan kawalan kehormatan terdiri daripada Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (Istiadat),” katanya di sini hari ini.

Katanya, beliau bersama Erdogan kemudian menghadiri pertemuan empat mata bagi membincangkan isu-isu strategik terkait demi kepentingan kedua-dua negara.

Terdahulu, Anwar hari ini mengadakan jamuan tengah hari bagi meraikan Erdogan di Seri Perdana, Putrajaya.

Turut hadir ialah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan, dan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI