fbpx

ACLE: Sentuhan ’emas’ Gonzalez bantu kemenangan JDT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ALVARO Gonzalez (bawah) berjaya menghadirkan impak segera apabila menyumbangkan dua gol untuk bantu kemenangan 2-1 JDT ke atas Central Coast Mariners. - JDT

 

PETALING JAYA – Johor Darul Ta’zim (JDT) makin menghampiri pusingan 16 Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) selepas mengesahkan kemenangan ketiga dengan menundukkan kelab Australia, Central Coast Mariners 2-1 di Stadium Central Coast, sebentar tadi.

Keinginan Harimau Selatan untuk melangkah lebih jauh begitu terserlah apabila pengendalinya, Hector Bidoglio terus menurunkan semua import baharu, Jonathan Viera, Alvaro Gonzalez dan Roque Mesa dalam kesebelasan utama.

Walaupun dihimpit berita kurang menggembirakan ekoran kecederaan Mesa yang hanya beraksi kurang setengah jam, Gonzalez melengkapkan hari gemilangnya bersama JDT apabila menyumbangkan dua gol penting.

Terdahulu, daripada segi peratusan penguasaan, Harimau Selatan lebih menguasai permainan dengan 70.1 peratus dan mencipta tujuh percubaan sepanjang separuh masa pertama.

Dua minit selepas aksi memasuki masa tambahan, tuan rumah dihimpit detik malang apabila penjaga golnya, Dylan Peraic-Cullen dilayangkan kad merah kerana mengasari Arif Aiman Hanapi di luar kotak penalti.

JDT berpeluang untuk mendapatkan gol pendahuluan di babak pertama namun jaringan Bergson Da Silva pada masa kecederaan dibatalkan selepas penyerang itu terlebih dulu dikesan berada di kedudukan offside.

Kira-kira 19 minit selepas aksi bersambung, Gonzalez memulakan detik gemilangnya apabila menyumbangkan gol pembukaan namun kelebihan itu hanya bertahan enam minit, menyaksikan Alou Kuol kembali menyamakan kedudukkan.

Menyedari kelebihan seorang pemain dan hanya kemenangan yang mampu mencerahkan peluang buat JDT untuk berada dalam kelompok lapan terbaik, Gonzalez sekali lagi pamer magis dengan menyumbangkan gol kemenangan pada minit ke-79. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI