fbpx

Volvo ‘marah’ tindih Mini Cooper

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Insiden berlaku di tempat letak kereta Morrisons. - Ashleigh Hambelton

LONDON  –  Kemalangan aneh berlaku di tempat letak kereta sebuah pasar raya yang menyaksikan kenderaan utiliti sukan (SUV) menindih bonet kereta Mini Cooper, lapor laman berita Plymouth Live.

Kejadian berlaku pada 5 Februari lalu di hadapan pasar raya Morrisons di Taunton, England.

Gambar dari  tempat kejadian menunjukkan bahagian hadapan SUV Volvo menindih bonet sebuah Mini Cooper.

Tidak dinyatakan bagaimana kemalangan berlaku, namun laman berita Gloucestershire Live melaporkan, seorang warga emas diselamatkan dalam kejadian tersebut.

Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat Devon serta Somerset berkata: “Pada pukul 12.28 tengah hari (waktu tempatan), kami menangani kes pelanggaran di tempat letak kereta Morrison. Sebuah kenderaan terbabas ke atas kereta yang diparkir, menyebabkan seorang warga emas terperangkap.”

“Kami mengeluarkan mangsa di dalam kereta yang ditindih. Tiada mangsa cedera,” katanya. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI