fbpx

[VIDEO] Sanggup ‘himpit’ polis lepas kantoi berdua-duaan dengan kekasih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video tular memaparkan seorang lelaki ditahan polis bersama seorang wanita. - IHSAN MEDIA SOSIAL

SEREMBAN – Seorang remaja lelaki berusia 19 tahun nekad meloloskan diri daripada pemeriksaan polis di Garden Avenue, di sini semalam selepas perbuatannya berdua-duaan bersama teman wanita disedari anggota penguat kuasa tersebut.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din berkata, dalam kejadian pukul 7.15 malam, anggota Ronda Cegah Jenayah Balai Polis Seremban 2 melihat trak pikap jenis Toyota Hilux berhenti di tepi jalan berkenaan dalam keadaan mencurigakan.

Menurutnya, ketika pasukan cuba mendekati trak pikap itu, pemandunya memecut kenderaan dan melarikan diri menggunakan laluan bertentangan ke Jalan Kayu Ara.

“Suspek bertindak agresif dengan menghimpit anggota polis. Pemeriksaan lanjut mendapati suspek melarikan diri kerana panik berdua-duan bersama teman wanita.

“Suspek juga memandu kenderaan milik syarikat tanpa lesen memandu,” katanya kepada pemberita hari ini.

Tambah Mohamad Hatta, kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan. Orang ramai diminta agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI