fbpx

Tabah jaga anak ada kanser, 2 cucu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MAHATHIR (kiri) menyampaikan bantuan kotak makanan kepada Hanisah di kediamannya di Kampung Chulek, Gopeng baru-baru ini.

GOPENG – Seorang wanita warga emas kini cekal menggalas tanggungjawab sebagai ketua keluarga selepas suaminya me­ninggal dunia empat tahun lalu dan kini perlu menjaga anaknya yang ‘berjuang’ melawan kanser ovari tahap empat dan dua cucunya yang semakin membesar.

Setahun sebelum itu, menantunya yang tinggal bersama turut dijemput Ilahi.

Hanisah Kamaruddin, 68, sebelum ini urusan mencari rezeki terletak di bahu suami, selain dibantu arwah menantu yang hanya bekerja kampung.

Katanya, selepas ketiadaan dua insan tersebut, anaknya Huzaimah Husin, 47, mengusahakan perniagaan katering secara kecil-kecilan, namun selepas menghidap kanser, usaha itu tidak lagi diteruskan.

“Kini tanggungjawab itu terserah kepada saya sepenuh­nya selepas Huzaimah perlu menjalani rawatan secara berkala di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh.

“Kini saya turut menjaga dua orang cucu berumur lapan dan 16 tahun,” katanya ketika ditemui di Kampung Chulek di sini baru-baru ini.

Beliau sebelum itu dikunjungi Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Chulek, Mahathir Mohd. Ramli, 47, yang menyampaikan kotak makanan keperluan asas sumbangan Yayasan Perak.

Hanisah berkata, setakat ini dia tidak pernah menerima sebarang bantuan daripada mana-mana agensi kebajikan di pe­ringkat kerajaan negeri atau pun pusat.

“Saya hanya bergantung de­ngan pemberian secara tidak berkala daripada tujuh anak yang telah berkahwin, selain mengusahakan perniagaan secara kecil-kecilan di rumah.

“Syukur kerana ketua dan penduduk kampung ada membantu memberikan barangan keperluan asas seperti beras untuk meringankan beban semasa saya,” katanya.

Orang ramai yang ingin membantu keluarga berkenaan boleh menghubungi ­Mahathir di talian 019-436 3784.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI