fbpx

Sultan Mizan berkenan lancar buku, ‘Permata Negeri Terengganu: Setiu Wetlands’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sultan Mizan (dua dari kanan) mencemar duli melancarkan buku, 'Permata Negeri Terengganu:Setiu Wetlands sambil disaksikan Tunku Ali (kiri) di Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Tabung Hidupan Liar Sedunia (WWF) Malaysia dengan kerjasama CIMB Islamic Bank Berhad menerbitkan buku mewah, ‘Permata Negeri Terengganu: Setiu Wetlands’.

Presiden WWF-Malaysia, Tunku Ali Redhauddin Tuanku Muhriz bertitah, penerbitan buku mewah tersebut langkah penting meningkatkan kesedaran kewujudan Tanah Bencah Setiu atau lebih dikenali sebagai Setiu Wetlands sebagai permata semula jadi alam di negara ini.

“Buku mewah ini memuatkan koleksi gambar serta fakta menarik hasil kajian dan kerja lapangan serta interaksi bersama masyarakat tempatan.

“Ia juga simbol penghargaan terhadap masyarakat tempatan di Setiu Wetlands yang selama ini menjadi tunjang kepada usaha pemuliharaan WWF-Malaysia,” titah baginda di sini hari ini.

Terdahulu baginda menyaksikan pelancaran buku mewah tersebut yang disempurnakan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Islamic, Ahmad Shahriman Mohd Shariff berkata, buku mewah tersebut lambang pencapaian usaha sama CIMB Islamic dan WWF-Malaysia dalam memulihara Setiu Wetlands sejak 2019. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI