fbpx

‘Saya terfikir layak ke bergelar juara?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MESKI kemenangannya dalam CSOIAM dipertikai, Marygrace tidak ambil hati sebaliknya berazam menjadi contoh yang baik buat generasi muda.

SHAH ALAM – Penyanyi Marygrace tidak ambil hati dengan kritikan netizen yang mempertikaikan kemenangannya sebagai juara Calpis One In A Million (CSOIAM) semalam.

Menurut Marygrace atau nama penuhnya, Marygrace Jane Penserga, setiap individu mempunyai pendapat tersendiri selain yakin para juri melihat sesuatu dalam dirinya.

“Tak mengapa (kemenangan dipertikai), itu pandangan mereka dan saya faham.

“Sebab saya pun ada perasaan sama ada layak atau tidak saya bergelar juara. semua peserta Top100 sangat hebat tetapi mungkin juri nampak sesuatu dalam diri saya, itu yang buat saya sangat bersyukur,” katanya kepada Kosmo! Online.

Ditemui pada sidang media konsert final di sini, semalam, Marygrace menambah dia enggan mengambil kesempatan daripada kemenangan tersebut dan mahu menjadi contoh terbaik terutama terhadap generasi muda.

“Saya tak mahu ambil kesempatan daripada gelaran juara ini.

“Saya juga minta maaf kalau ada buat salah dan biarlah semua kritikan itu, semua pandangan orang.

“Kalau boleh saya nak jadi ‘role model’ iaitu kakak yang baik, anak yang bagus dan contoh kepada golongan muda,” katanya lagi.

Dalam masa sama, dia juga tidak terlepas daripada mengalami masalah kesihatan sehingga menjejaskan peti suaranya beberapa hari sebelum konsert final.

“Saya ada masalah suara beberapa hari lalu sampai rasa ‘down’.

“Tapi berkat sokongan keluarga dan rakan-rakan, saya bangkit serta kuatkan semangat untuk habiskan minggu final ini.

“Syukur Alhamdulillah diumumkan sebagai juara, ini semua kuasa Tuhan makbulkan doa saya,” ujarnya.

Dinobatkan sebagai juara selepas meraih markah dan undian tertinggi, Marygrace, 24, membawa pulang wang tunai RM500,000, sebuah kereta bernilai RM200,000 dan kontrak rakaman eksklusif di bawah Alternate Records & Talents selama dua tahun.

Sementara, tempat kedua pula menjadi milik Kai Deva yang menerima wang tunai berjumlah RM50,000.

Jimi pula berada di posisi ketiga dengan hadiah wang tunai RM30,000 sementara Zazzleen berada di tangga tercorot selain membawa pulang hadiah RM20,000. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI