fbpx

Saya cuba paut tangan Haidhar tetapi terlepas – Rakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad Zawaata Afnan (kanan) di samping Muhammad Iqbal Mohd. Rodzi menunjukkan gambar Nur Haidhar Nasrul.

PENDANG – “Saya cuba pegang tangan Haidhar tetapi terlepas sebab arus terlalu deras.”

Demikian cerita Muhammad Iqbal Mohd. Rodzi, 17, rakan kepada Allahyarham Nur Haidhar Nasrul, 17, yang ditemukan lemas setelah motosikal dinaiki terbabas ke dalam Sungai Padang Terap, Titi Chegar, Chegar di sini semalam.

Muhammad Iqbal yang juga satu sekolah dengan mangsa di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sik itu memberitahu, dia masih trauma menyaksikan rakan baiknya itu tenggelam selain kecewa kerana gagal menyelamatkan mangsa.

“Saya cuba paut tangan tetapi terlepas. Ada seorang pak cik yang duduk di tepi sungai terjun untuk membantu, tetapi gagal sebelum Haidhar tenggelam. Saya sangat sedih.

“Saya dapat menyelamatkan diri setelah berjaya berenang ke tepi sungai. Saya tidak pasti keadaan sebenarnya adakah Haidhar tercedera ketika terlanggar tembok tepi sungai ketika kami terjatuh itu kerana kejadian berlaku sekelip mata,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, hari ini.

Bercerita lanjut kata Muhammad Iqbal, mereka bertiga termasuk seorang lagi rakan karib mereka yang juga satu sekolah, Mohamad Zawaata Afnan Mohamad Fuzi, 17, keluar rumah pada pukul 5.30 petang semalam untuk bersiar-siar.

“Kami keluar menaiki dua motosikal. Arwah datang jemput saya di rumah. Kami keluar makan-makan dan ke kedai bundle dekat Pendang ini sahaja. Sewaktu kejadian kami dalam perjalanan pulang ke rumah dan lalu jalan pintas di situ.

“Kejadian berlaku pantas, saya yang menunggang motosikal dan arwah membonceng. Bila tiba di lokasi sebuah kereta laju dan berselisih dan untuk elak kereta, motosikal kami terbabas ke dalam sungai itu,” katanya. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI