PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menjangkakan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di dua negeri sehingga 5 petang ini.
MetMalaysia memaklumkan dalam kenyataan hari ini, dua negeri yang terjejas adalah Sabah dan Sarawak.
“Di Sabah, cuaca buruk melibatkan Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat (Pitas dan Kudat).
“Bagi Sarawak pula, keadaan yang sama diramalkan meliputi Sibu (Kanowit dan Selangau), Kapit (Song) dan Bintulu (Tatau dan Sebauh),” lapor MetMalaysia.
Walau bagaimanapun, cuaca cerah dan baik kelihatan berlaku di seluruh Semenanjung negara termasuk Wilayah Persekutuan Labuan petang ini. –KOSMO! ONLINE