fbpx

Puntianak bertenggek di atas bumbung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENAMPAKAN makhluk seperti kuntilanak (dalam bulatan) di atas bumbung rumah. - Foto TikTok/@vitosena8

JAKARTA – Satu penampakan lembaga putih dipercayai puntianak dirakam berada di atas bumbung sebuah rumah di Indonesia, lapor portal berita RCTI semalam.

Rakaman video kejadian dimuat naik di platform TikTok menggunakan akaun @vitosena8.

Jika dilihat pada rakaman video, terdapat makhluk berambut panjang dan berbaju putih sedang  duduk di atas bumbung rumah tersebut. 

Perakam video juga percaya bahawa penampakan itu adalah puntianak.

“Kakak punti (puntianak), asyik terbang di atas rumah?” kata  pemilik akaun itu.

Dalam video itu, lembaga tersebut  dilihat memiliki rambut putih panjang.

Seorang netizen menganggap kehadiran puntianak itu disebabkan ada bayi atau wanita hamil di rumah tersebut. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI