fbpx

‘PRU mengejut? Rakyat tak mudah dikelentong’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ramanan pada Program Jangkauan Komuniti Madani Bank Rakyat: Penyerahan Sumbangan Kembali Ke Sekolah Peringkat Sungai Buloh di Kota Damansara, hari ini. - Foto oleh ISKANDAR ISHAK / KOSMO!

PETALING JAYA – Timbalan Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri Ramanan Ramakrishnan menyifatkan kenyataan Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bahawa kemungkinan berlaku Pilihan Raya Umum (PRU) mengejut pada hujung tahun ini sebagai permainan politik.

Ramanan yang juga Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi menegaskan, Mohamed Azmin sepatutnya sedia maklum bahawa rakyat tidak mudah ‘dikelentong’ (ditipu).

“Kalau kita nak buat persiapan untuk pilihan raya (PRU) atau apa, tunggulah Perdana Menteri bubar Parlimen dan umumkan dahulu.

“Buat masa ni fokus kepada rakyat. Ini nak cuci tangan daripada tugas jaga rakyat, cakap nak buat persiapan untuk pilihan raya. Tak boleh ‘kelentong’ macam ni, rakyat tidak mudah ‘dikelentong’,” tegasnya.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Program Jangkauan Komuniti Madani Bank Rakyat: Penyerahan Sumbangan Kembali Ke Sekolah Peringkat Sungai Buloh di Kota Damansara, hari ini.

Terdahulu media melaporkan, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) membayangkan kemungkinan berlaku PRU mengejut, hujung tahun ini.

Mohamed Azmin dipetik berkata, perkara itu antara yang ditegaskan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang meminta semua jentera parti perlu digerakkan sekarang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI