fbpx

Projek empangan 7 tahun kerajaan Republik Czech memerang siapkan 2 hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kawanan memerang hanya mengambil masa dua hari untuk membina empangan di Taman Alam Brdy. - Radio Prague International

PRAGUE – Kawanan memerang Eropah di Republik Czech menjadi perhatian ramai kerana mengambil masa cuma  dua hari untuk menyiapkan empangan yang sebelum ini sukar dibina oleh kerajaan.

Laman berita Oddity Central melaporkan, kerajaan negara itu bergelut untuk membina empangan tersebut selama tujuh tahun.

Projek memulihkan kawasan air di Taman Alam Brdy telah bermula pada 2018 tetapi pihak berkuasa mengambil masa bertahun-tahun untuk mendapatkan semua permit yang diperlukan sebelum pembinaan bermula. 

Kos yang diperlukan untuk memulihkan tanah lembap di kawasan itu kepada keadaan asal dianggarkan sekitar 30 juta Czech koruna (RM5.5 juta).

Bagaimanapun, pemantau alam sekitar yang memantau kawasan Brdy baru-baru ini melaporkan bahawa sebilangan memerang mengambil masa dua hari untuk membina empangan semula jadi kawasan tersebut.

“Memerang mampu membina empangan dalam satu malam, paling banyak dua malam. Sedangkan manusia perlu mendapatkan permit bangunan, kelulusan projek dan mencari wang untuk itu,” kata pakar Zoologi, Jiri Vlcek.

Lebih menakjubkan, seorang pakar yang memeriksa kerja-kerja memerang itu melaporkan, empangan tersebut dibina di tempat yang betul dan akan membantu memulihkan tanah lembap kepada keadaan semula jadi.

Ia sekali gus dapat menyediakan rumah yang sesuai untuk udang karang batu yang jarang ditemui, katak dan spesies haiwan lain. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI