fbpx

Pramugara tumbuk penumpang tarik rambut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang pramugara terpaksa menumbuk penumpang berkenaan bagi membolehkan dia melepaskan rambut mangsa. - X

SACRAMENTO, CALIFORNIA – Sebuah pesawat Alaska Airlines terpaksa membatalkan penerbangannya ke Portland di negeri Oregon selepas seorang lelaki menarik rambut penumpang lain sejurus sebelum berlepas, lapor portal berita Daily Express kelmarin.

Penerbangan 2211,  ketika kejadian pada 1 Februari lalu, dijadualkan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Oakland di California.

Berdasarkan rakaman video kejadian, seorang penumpang lelaki dilihat menarik rambut seorang penumpang wanita dengan kuat.

Seorang pramugara menumbuk lelaki tersebut bagi memaksanya melepaskan rambut mangsa.

Tidak jelas punca penumpang tersebut bertindak demikian, namun menurut seorang penumpang lain, dia diikat selama beberapa minit sebelum ditahan pihak berkuasa.

Pesawat  kembali ke pintu pelepasan selepas penumpang tersebut dibawa keluar, namun  penerbangan dibatalkan ekoran seorang kru penerbangan enggan meneruskan penerbangan.

Alaska Airlines memberitahu akhbar Daily Mail bahawa penumpang lelaki itu mengalami episod perubatan ganas, melibatkan serangan fizikal berterusan terhadap penumpang lain dan anak kapal.

“Tanggungjawab utama  kru kami ialah keselamatan penumpang dan anak kapal. Kru kami segera bertindak balas terhadap situasi huru-hara dan memastikan semua penumpang selamat sehingga penguatkuasa undang-undang hadir,” katanya. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI