fbpx

Piala FA: Liverpool tersungkur, impian ‘quadruple’ musnah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penyerang Plymouth, Hardie (kiri) meraikan jaringan penalti yang dilakukan sebentar tadi. Foto AFP

LONDON – Impian pasukan Liverpool untuk melakar kejuaraan quadruple musim ini tidak kesampaian apabila tersingkir daripada saingan Piala FA selepas tewas mengejut 0-1 kepada Plymouth Argyle sebentar tadi.

Pada aksi di Stadium Home Park itu, pengendali Liverpool, Arne Slot membuat kejutan apabila merehatkan beberapa pemain utama seperti Mohamed Salah, Virgil van Dijk dan Trent Alexander-Arnold.

Peluang diberikan oleh Slot kepada beberapa pemain yang jarang mendapat minit permainan sebelum ini seperti Diogo Jota, Federico Chiesa dan Wataru Endo untuk dieltakkan dalam kesebelasan utama.

Pada separuh masa pertama, saingan agak seimbang meskipun pasukan pelawat berjaya mendominasi sebahagian besar perlawanan tetapi gagal mencipta peluang keemasan yanng diharapkan.

Bersambung pada babak kedua, Liverpool dikejutkan apabila tuan rumah dihadiahkan sepakan penalti selepas bola terkena tangan Harvey Elliot pada minit ke-53 selepas tertampan sepakan Darko Gyabi.

Pemain sensasi Plymouth, Ryan Hardie tidak mempunyai masalah untuk melunaskan tanggungjawab dengan menyempurnakan sepakan penalti yang diberi.

Tersentak dengan gol tersebut, Liverpool membuat pertukaran dengan memasukkan Darwin Nunez dalam usaha memburu gol penyamaan.

Namun, penjaga gol Plymouth, muncul wira pasukan dengan menyelamatkan beberapa peluang bahaya termasuk rembatan Jota pada masa kecederaan dengan keputusan 1-0 kekal sehingga wisel penamat.

Bagaimanapun, Liverpool masih boleh mendabik dada dalam usaha memburu gelaran treble musim ini apabila masih gah mendahului carta Liga Perdana Inggeris (EPL), layak ke pusingan 16 terbaik Liga Juara-Juara Eropah (UCL) dan final Piala EFL. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI