fbpx

Piala FA: Chelsea goyah selepas mendahului

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CHELSEA tersingkir daripada saingan Piala FA selepas tewas berdepan Brighton pada aksi awal pagi semalam. - AFP

BRIGHTON – Pengurus Chelsea, Enzo Maresca percaya para pemainnya perlu belajar cara untuk memenangi perlawanan dengan margin yang lebih baik selepas disingkir Brighton pada aksi pusingan keempat Piala FA.

Kekalahan 1-2 di Stadium Amex awal pagi semalam menyaksikan The Blues tersingkir daripada saingan biarpun berjaya memecah kebuntuan gol selepas rembatan Cole Palmer menyebabkan penjaga gol, Bart Verbruggen tertampan bola ke gawang sendiri selepas lima minit aksi bermula.

Bagaimanapun, kelebihan itu hanya kekal untuk tempoh tujuh minit selepas Georginio Rutter menyamakan kedudukan sebelum Kaoru Mitoma meledak gol kemenangan Brighton pada minit ke-57.

“Sudah pasti ini sangat memalukan, tidak ada keraguan. Kami perlu belajar cara untuk memenangi perlawanan apabila mendahului 1-0 kerana banyak perlawanan menyaksikan selepas mendahului kami gagal menang.

“Kami bermula dengan baik dan mereka hanya berjaya mendapatkan percubaan ketika ianya berhasil menjaringkan gol penyamaan itu. Kami menguasai permainan, mencipta beberapa peluang.

“Pada babak kedua juga hampir sama, satu-satunya percubaan yang mereka lakukan ketika menjaringkan gol kedua itu. Kami cuba untuk menambah jaringan, kami ada beberapa peluang, tetapi gagal disudahkan.

Chelsea turun menentang Brighton pada aksi berkenaan tanpa kelibat beberapa pemain utama yang mengalami kecederaan, termasuk Reece James, namun Maresca memberi gambaran bahawa pemain itu tidak mengalami kecederaan serius. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI