fbpx

Penjaga stor diupah RM10,000 edar ketamin, syabu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kok Chin pada sidang akhbar dadah di Bukit Aman, hari ini.

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki tempatan disyaki menerima upah RM10,000 sebulan bagi mengedar dadah jenis syabu dan ketamin ke pasaran tempatan.

Kegiatan suspek berusia 31 tahun yang berperanan sebagai penjaga stor terbongkar apabila ditahan polis ketika berada di lif sebuah kondominium mewah sekitar Batu Caves, Selangor sebelum menemui dadah bernilai RM11.43 juta.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Bukit Aman, Datuk Seri Khaw Kok Chin berkata, pasukannya menjalankan serbuan antara 2.30 hingga 4.30 petang, 9 Februari lalu.

“Pasukan kita memeriksa kenderaan utiliti sukan (SUV), Toyota Fortuner miliknya dan menemukan 50 pek teh cina disyaki syabu seberat 51.8 kilogram (kg) dan 32 bungkusan ketamin (32.15 kg).

“Dalam kondominium yang dijadikan stor, kita turut menjumpai dadah yang menjadikan keseluruhan rampasan dadah adalah 88.12 kilogram (kg) syabu dan 171.76 kg dan 88.816 kg yang mana nilai pasarannya dianggarkan RM11.43 juta yang boleh digunakan 1.02 juta pengguna,” katanya dalam sidang akhbar di Bukit Aman hari ini.

Katanya, modus operandi sindiket ini adalah menjadikan kondominium mewah sebagai tempat penyimpanan dadah dan dipercayai mula bergiat aktif sejak Disember tahun lalu.

Tambahnya, suspek didapati positif dadah jenis ketamin dan tidak mempunyai sebarang rekod jenayah.

“Suspek akan dibawa ke Majistret Kuala Lumpur pada pagi ini bagi mendapatkan perintah tahanan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” jelasnya.

Ujarnya, tindakan juga diambil di bawah Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 1988 iaitu menyita sejumlah wang tunai bernilai RM1,100. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI