fbpx

Pencuri minta maaf selepas pecah masuk sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pencuri menulis permohonan maaf di papan putih sekolah. - Kompas

JAKARTA – Seorang pencuri meninggalkan nota permohonan maaf yang ditulis pada papan putih bilik guru selepas memecah masuk ke sebuah sekolah di Sragen, wilayah Jawa Tengah, lapor laman berita Tribunnew kelmarin.

Kejadian berlaku di Sekolah Rendah Guworejo 3, Karangmalang.

“Maaf encik, puan kerana telah mencuri di sekolah ini. Saya memerlukan wang.

“Saya telah merosakkan sekolah dengan agak teruk. Maaf kerana telah merosakkan sekolah ini,” tulis pencuri tersebut yang turut meninggalkan tandatangan pada notanya.

Dalam kejadian itu, suspek membongkar sejumlah siling bagi membolehkannya masuk ke beberapa bilik darjah.

Dia melarikan barangan seperti unit pemprosesan pusat (CPU) komputer, mesin pencetak,  amplifier, sistem bunyi dan mikrofon.

Sementara itu, suspek dan dua lagi individu yang membeli barangan curi tersebut telah ditangkap. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI