fbpx

Pekerja kedai eksesori tak mengaku bakar kereta bini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KAW FUNG (baju putih) dituduh melakukan khianat dengan api membakar kereta Toyota Vios milik isterinya di Mahkamah Sesyen Johor Bahru hari ini. - Foto oleh BAZLAN IBRAHIM / KOSMO!

JOHOR BAHRU – Seorang pekerja kedai aksesori kereta mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini hari ini atas tuduhan melakukan perbuatan khianat dengan api, minggu lalu.

Tertuduh, Chai Kaw Fung, 26, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Thalha Bachok@Embok Mok.

Mengikut kertas pertuduhan, lelaki itu didakwa melakukan khianat dengan api mengakibatkan kerosakan dengan cara membakar kereta Toyota Vios milik isterinya, See Li Jing, 21.

Kaw Fung dituduh melakukan kesalahan itu di Jalan Tebrau, menghala ke pusat bandar raya, kira-kira pukul 10.20 malam, pada 2 Februari lalu.

Pendakwaan kes itu dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Fatimah Mamu manakala Chai diwakili peguam, Goh Sze Han.

Timbalan Pendakwa Raya kemudian memohon mahkamah menetapkan jaminan sebanyak RM20,000 terhadap tertuduh dengan syarat tambahan perlu melapor diri di balai polis sekali sebulan, menyerahkan pasport kepada mahkamah dan tidak dibenarkan mengganggu saksi pendakwaan.

Peguam tertuduh dalam rayuannya memohon satu jaminan yang minimum buat anak guamnya.

Hakim kemudian memerintahkan tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan syarat tambahan melapor diri di balai polis setiap bulan, menyerahkan pasport ke mahkamah selain tidak menganggu saksi pendakwaan sehingga kes ini selesai. Sebutan semula kes ditetapkan pada 11 Mac depan untuk serahan dokumen. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI