fbpx

Pantai popular jadi ‘port’ pelancong tidur waktu malam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kira-kira 100 pelancong tidur di atas tikar yang dibentangkan di atas pasir. - Pattaya Mail

BANGKOK – Sebuah video tular di media sosial memaparkan keadaan sebuah pantai di Pattaya yang dibanjiri dengan pelancong dari India yang tidur bergelimpangan di atas pasir, lapor laman berita Thaiger.

Video dimuat naik di laman Instagram itu memaparkan kira-kira 100 pelancong tidur di atas tikar yang dibentangkan di atas pasir.

Ada antara mereka dilihat meneguk minuman keras sambil dikelilingi oleh sampah-sarap.

Video itu mengundang kemarahan penduduk tempatan yang mengkritik tindakan pelancong merosakkan pemandangan pantai.

Tindakan mereka juga dipersoalkan kerana memilih untuk tidur di pantai dan bukannya di kemudahan penginapan sepatutnya.

Sebagai tindak balas kepada kekecohan itu, Datuk Bandar Pattaya, Poramet Ngampichet berkata, bandar pelancongan itu mencatatkan kemasukan pelancong dari India yang ketara, terutamanya semasa musim puncak.

Katanya, perluasan Pantai Pattaya baru-baru ini telah menjadikan kawasan itu sebagai hab bersantai sepanjang masa. 

Justeru katanya, disebabkan lokasinya sebagai ruang awam, Pantai Pattaya tidak boleh menguatkuasakan waktu buka atau tutup yang ketat.

“Pihak berkuasa perbandaran dan polis pelancong kami mengawasi Pantai Pattaya sepanjang masa. 

“Walaupun kami tidak boleh menghalang pengunjung daripada tidur di pantai selagi mereka tidak melanggar undang-undang, sebarang bunyi bising, kekacauan atau pengambilan alkohol yang tidak terkawal akan ditangani dengan cepat di bawah peraturan sedia ada,” katanya. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI