fbpx

Orang Melayu Pulau Cocos terancam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR menunjukkan penempatan penduduk di Kepulauan Cocos. – FLIGHTSIM

SYDNEY – Kerajaan Australia merancang untuk memindahkan beratus-ratus penduduk dari kediaman mereka di Kepulauan Cocos dalam tempoh beberapa dekad selepas paras laut semakin meningkat.

Keputusan tersebut mencetuskan  kemarahan dalam kalangan penduduk tempatan.

Seperti negara kepulauan lain, Kepulauan Cocos diancam hakisan pantai dan paras laut yang meningkat, didorong oleh faktor perubahan iklim. Kepulauan Cocos terdiri daripada 27 terumbu karang yang terletak 2,936 kilometer ke barat Australia.

Kerajaan persekutuan Australia mengumumkan cadangan itu pada bulan lalu. Ia mencadangkan supaya penduduk, sumber air, stesen janakuasa, jalan dan kedai di tempatkan semula dalam tempoh 10 hingga 50 tahun akan datang.

“Perpindahan jangka panjang ini adalah pilihan paling munasabah untuk melindungi nyawa dari sudut ekonomi dan alam sekitar, demikian menurut laporan kerajaan tersebut

Menurutnya, menjelang 2030,  paras laut dijangka meningkat sebanyak 18 sentimeter di Kepulauan Cocos berbanding paras pada 1992.

Kebanyakan penduduk tempatan adalah keturunan buruh Melayu yang dibawa ke kepulauan itu untuk bekerja di ladang-ladang kelapa dalam tahun 1830-an.

Britain menjajah kepulauan itu dalam tahun 1857 sebelum menyerahkannya kepada Australia pada 1955. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI