fbpx

Mundar-mandir depan rumah sebelum lepaskan tembakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR tular menunjukkan sepasukan polis sedang melakukan siasatan berhubung kejadian tembakan di Kampung Bukit Batu, Machap, Simpang Renggam, Kluang, tengah hari tadi.

KLUANG – Satu kejadian tembak dipercayai berlaku di Kampung Bukit Batu, Machap di Simpang Renggam dekat sini pada pukul 12.17 tengah hari tadi.

Mangsa bagaimanapun terselamat dan tidak mengalami kecederaan serius.

Difahamkan, ketika kejadian, mangsa berada di kediamannya telah didatangi tiga lelaki yang menaiki tiga buah kereta mundar-mandir di kawasan rumah sebelum suspek melepaskan beberapa das tembakan ke arahnya.

Motif kejadian dipercayai suspek tidak berpuas hati ekoran mangsa pernah membuat laporan polis terhadap suspek berkaitan hutang.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut dan akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung insiden terbabit. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI