fbpx

Modul latihan keselamatan di pusat beli-belah dikemas kini – Saifuddin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saifuddin memberitahu sudah tiba masanya modul latihan keselamatan dikemas kini susulan insiden tembakan di pusat beli-belah di Setia Alam, kelmarin.

PUTRAJAYA – Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mengemas kini modul dan latihan keselamatan kepada pengawal keselamatan dan polis bantuan bagi menghadapi risiko ancaman di kompleks beli-belah.

Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, sudah tiba masanya modul latihan itu dikemas kini dan ditingkatkan.

Beliau berkata, insiden tembakan di tempat awam seperti di Setia Alam, Shah Alam baru-baru ini memberi satu perspektif berbeza kepada KDN terutama Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Saya akan meminta Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay supaya meneliti perkara (modul keselamatan) itu.

“Tujuan kemas kini modul itu adalah untuk memastikan bahawa kita prihatin tentang keresahan rakyat terutama di kompleks beli-belah,” katanya pada sidang akhbar selepas menyempurnakan Majlis Perhimpunan Bulanan KDN di sini, hari ini.

Katanya, selama ini, PDRM yang melatih pengawal keselamatan dan polis bantuan dalam berdepan dengan pelbagai isu keselamatan di premis-premis awam.

Saifuddin berkata, sementara tugas rondaan berkala disandarkan kepada PDRM, tugas kawalan keselamatan termasuk di pusat beli-belah disandarkan kepada syarikat keselamatan berkenaan.

“Saya akan minta pegawai saya untuk bincang balik terutama dengan persatuan industri kawalan keselamatan supaya aspek ini dapat kita berikan fokus dan tumpuan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI