fbpx

Menang RM8,000 naikkan patin hampir 10kg berumpan roti pandan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Barisan pemenang pertandingan memancing Fiesta Joran Selangor (FJS) di Tasik Fraser Valley, Kuala Kubu Bahru, Selangor Ahad lalu.

KUALA KUBU BHARU – Kejayaan menaikkan ikan patin seberat 9.865 kilogram (kg) memberi tuah kepada Muhammad Roduan Musrati, 35, dari Ampang, Selangor dalam pertandingan memancing Fiesta Joran Selangor (FJS) di Tasik Fraser Valley, Kuala Kubu Bahru, Selangor Ahad lalu.

Dia yang bekerja sebagai pemandu berkata, menjadi satu rutin apabila selalu mengikuti pertandingan memancing lebih 10 tahun lalu.

“Ini sudah rezeki saya dan rasa terkejut setelah menunggu hampir 10 tahun untuk naik ke podium Utama. Baru hari ini membuahkan hasil.

“Saya guna roti pandan disambar patin, mengambil masa lebih 12 minit sebelum dapat menaikkan ikan tersebut,” katanya.

Pertandingan itu disertai 710 kaki pancing dari Kuala Lumpur, Selangor, Melaka, Negeri Sembilan, Perak dan Pahang yang menyediakan hadiah wang tunai sekeluruhan berjulah RM22,400.

Pertandingan anjuran Tourism Selangor itu merupakan salah satu acara sempena Tahun Melawat Selangor 2025 bertemakan #SuprisingSelangor menyaksikan sebanyak 385 ekor ikan pelbagai spesis berjaya dinaikkan peserta.

Tempat kedua dimenangi Mohd Farid Napie, 39, dari Sungai Besi, Kuala Lumpur apabila berjaya menaikkan ikan patin seberat 8.730 kg untuk menerima hadiah wang tunai RM2,000 manakala tempat ketiga menjadi milik Mohd Shahrul Ruslan, 40, dari Seremban, negeri Sembilan juga menaikkan patin seberat 8.210 kg menerima RM1,000.

Program dengan kerjasama swasta itu membuktikan aktiviti memancing mendapat tempat dan berpotensi menjadi tarikan pelancong. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI