fbpx

Mayat lelaki terapung di Tasik Bandar Puteri Jaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba mengeluarkan mayat seorang lelaki yang ditemukan terapung di Tasik Bandar Puteri Jaya di Sungai Petani, malam ini. - Foto JBPM

SUNGAI PETANI – Satu mayat lelaki ditemukan terapung di Tasik Bandar Puteri Jaya, di sini malam ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Petani, Timbalan Penguasa Bomba Ismail Mohd. Zain berkata, pihaknya menerima panggilan daripada pihak polis untuk membantu mengeluarkan mayat mangsa pada pukul 8.09 malam tadi.

“Sebaik tiba di lokasi kita mendapati terdapat satu mayat lelaki yang lengkap berpakaian terapung di dalam tasik berkenaan.

“Pihak kita kemudian membawa naik mayat lelaki yang belum dikenal pasti identitinya sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI