fbpx

Kes tembak Setia Alam: JSJN Bukit Aman bantu kenal pasti rakan suspek

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kok Chin ketika sidang akhbar di Bukit Aman hari ini. - Foto oleh M FIRDAUS M JOHARI / KOSMO!

KUALA LUMPUR – Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman akan memberi kerjasama kepada Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) dalam mengesan rakan-rakan kepada suspek yang melepaskan tembakan di pusat beli-belah Setia City Mall, Sabtu lalu.

Pengarah JSJN, Datuk Seri Khaw Kok Chin berkata, siasatan antara dua jabatan itu dan Polis Kontinjen Selangor dibuat selepas suspek berusia 30-an dilaporkan memiliki 11 rekod jenayah dan dadah.

Menurut beliau, pihaknya juga sedang mengesan rakan-rakan suspek bagi membantu siasatan lanjut.

“Dalam kes ini, pihak JSJN akan membantu Ketua Polis Selangor dan JSJ, dalam melengkapkan siasatan dan ia berdasarkan keperluan siasatan.

“Namun, JSJN tidak dapat mengesahkan sama ada suspek ini terlibat dalam penyalahgunaan dadah atau berada di bawah pengaruh dadah ketika kejadian, hanya disebabkan memiliki rekod jenayah berkaitan kesalahan dadah,” katanya dalam sidang akhbar di Bukit Aman, hari ini.

Kok Chin berkata, suspek hanya boleh disahkan berada di bawah pengaruh dadah jika dia berjaya ditangkap dan disahkan positif dadah.

Terdahulu Kosmo! melaporkan insiden berlaku sekitar pukul 10.50 malam kelmarin, apabila Balai Polis Seksyen 6 menerima maklumat daripada orang awam mengenai tembakan di pusat beli-belah tersebut.

Seorang pekerja pembersihan di pusat beli-belah terkena empat das tembakan, mengenai kaki dan punggungnya.

Kemudian, suspek melepaskan beberapa tembakan ke arah tingkap tangga dan pintu gelangsar sebelum melarikan diri.

Difahamkan, suspek merampas sebuah Perodua Ativa yang dipandu seorang pengunjung pusat beli-belah dengan mengacukan senjata api dan memaksa pemandu membawanya keluar dari Shah Alam. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI