fbpx

Kedutaan AS enggan kibar bendera ‘Pelangi’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail Kedutaan AS di Seoul, Korea Selatan. - Foto AFP

SEOUL – Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Seoul, Korea Selatan berikrar untuk tidak mempamerkan bendera dikaitkan dengan aktivisme liberal seperti bendera ‘Pelangi’ yang mewakili golongan minoriti seksual, lapor akhbar The Korea Times hari ini.

Ia merupakan perubahan dalam dasar Washington mengenai isu itu di bawah pentadbiran Presiden Donald Trump sejak 20 Januari lalu.

Menurut kedutaan AS di Seoul,  pihaknya tidak akan meneruskan amalan pendahulu Trump, Joe Biden yang mengibarkan bendera itu di bangunan kedutaan sebagai menyokong hak golongan Lesbian, Gay, Biseksual, Transgender dan Pelik (LGBTQ+) untuk sambutan  Bulan Pelangi tahun ini.

“Hanya bendera AS dibenarkan berkibar di banguan kedutaan Amerika di dalam dan luar negara,” kata kedutaan itu dalam satu kenyataan kepada The Korea Times, baru-baru ini.

Perkembangan itu berlaku selepas media AS melaporkan bahawa Setiausaha Negara Marco Rubio mengeluarkan arahan melarang premis kerajaan persekutuan mengibarkan bendera yang dikaitkan dengan pergerakan sayap kiri termasuk bendera Pelangi.

Laman web konservatif, Washington Free Beacon melaporkan bahawa  mana-mana kakitangan Jabatan Negara AS yang melanggar dasar baharu itu akan berdepan tindakan tatatertib.

Tindakan tatatertib itu termasuk penamatan pekerjaan atau kontrak atau penugasan semula ke agensi asal mereka.

Kedutaan AS mengibarkan bendera ‘Pelangi’ di bangunannya  di Seoul pada Jun 2022, di mana banyak acara bertema LGBTQ berlangsung. 

Bercakap kepada The Korea Times pada masa itu, seorang pegawai AS berkata, memajukan hak asasi manusia untuk golongan itu adalah keutamaan dasar luar Washington bagi pentadbiran Biden. – AGENSI

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI