fbpx

Kayu balak, jentera bernilai RM716,000 dirampas di Sarawak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salah sebuah jentera serta lima individu yang ditahan semasa serbuan di sebuah kawasan pembalakan haram di Batang Rajang, Sarawak semalam.

PETALING JAYA – Sebanyak 40 batang balak pelbagai spesies dan saiz bernilai kira-kira RM66,000 dirampas Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 5 Sibu semalam.

Rampasan menerusi Ops Taring Landai itu dibuat selepas pihak berkuasa menyerbu kawasan pembalakan haram di Log Pond Sungai Mamau, Batang Rajang, Sarawak.

Menerusi satu kenyataan di laman Facebook Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA), hasil serbuan terbabit juga berjaya menahan lima individu warga tempatan.

Penahanan tersebut dibuat mereka disyaki melanggar Seksyen 90, Ordinan Perhutanan Sarawak 2015 iaitu memiliki kayu balak tanpa tanda hak milik dan tanda tukul Jabatan Hutan Sarawak (JH).

“Turut dirampas dua jentera jenis Kobelco bernilai RM300,000 dan sebuah lagi jenis ‘grapple loander dianggarkan bernilai RM350,000.

“Anggaran keseluruhan rampasan kira-kira RM716,000 dan kes telah diserahkan kepada Jabatan Hutan Sarawak untuk tindakan lanjut,” kata JKDNKA. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI