fbpx

Jumpa mayat tertiarap dalam ladang getah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat lelaki yang dijumpai tertiarap di dalam sebuah ladang getah di Kampung Kubu, Marang semalam.

MARANG – Satu mayat lelaki tanpa identiti dijumpai tertiarap di dalam sebuah ladang getah di Kampung Kubu di sini semalam.

Mayat mangsa yang dipercayai berusia dalam lingkungan 30-an ditemui seorang penduduk kampung pada pukul 3.15 petang.

Ketua Polis Daerah Marang, Superintendan Mohd. Sofian Redzuan berkata, sewaktu ditemui, lelaki tersebut memakai baju T berwarna hitam dan berseluar pendek coklat.

“Pemeriksaan tidak menemui sebarang kecederaan dan unsur jenayah pada badan mangsa.

“Hasil bedah siasat yang dijalankan di Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu sebentar tadi pula mengesahkan kematian mangsa disebabkan saluran jantungnya tersumbat,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Mohd. Sofian berkata, setakat ini, kes penemuan mayat berkenaan diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

Beliau memohon orang ramai yang mengenali mangsa atau mempunyai maklumat berhubung kejsdian agar menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Marang di talian 09-6182222.

“Mereka juga menyalurkan maklumat di mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI