fbpx

‘Jangan jadi netizen bodoh, kami tak rujuk, hanya kawan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NABILA terkilan apabila hubungan baiknya dengan bekas suami, Sharnaaz sengaja disensasikan segelintir netizen.

PETALING JAYA – Hanya kerana dilihat mesra bercuti bersama di French Alps, Perancis, usahawan Noor Nabila berang apabila dituduh sudah rujuk dengan bekas suami, pelakon Sharnaaz Ahmad.

Enggan perkara itu terus disensasikan, Nabila atau nama sebenarnya Noor Nabila Mohd Noor, 40, tampil menjelaskan status sebenar mereka selain menegur sikap segelintir netizen yang gemar menabur spekulasi tidak berasas tanpa usul periksa.

“Kami tidak rujuk, tidak kahwin.

“Kami kawan. Profesional.

“Jangan jadi netizen bodoh, jadi netizen cerdik,” katanya dalam satu hantaran dalam TikTok.

Tambah kakak kepada pengacara dan usahawan Neelofa itu, ada segelintir pihak lebih gemar melihat pasangan bercerai bermusuhan daripada mengekalkan hubungan baik.

“Netizen ini sebenarnya nak tengok suami isteri bergaduh dan muat naik dalam media sosial.

“Yang elok macam kami, macam-macam fitnah. Serabut! Sharnaaz masih single dan mahu cari bini, Jayden (anak mereka) mahu adik.

“Jadi netizen tak payahlah komen benda yang menyerabutkan mata,” tegasnya.

Menjengah ruangan komen, ramai netizen bersetuju dengan kenyataan Nabila dan memuji sikap matang kedua-duanya dalam menjaga hubungan baik demi anak.

“Betul, lebih baik berterus terang. Nanti tak sudah kena gosip. Kawan pun salah, gaduh pun salah,” kata seorang pengguna media sosial.

“Baguslah Nabila dan Sharnaaz. Asalkan anak bahagia, itu lebih penting,” tulis netizen lain.

Noor Nabila dan Sharnaaz pernah mendirikan rumah tangga pada Mac 2017 sebelum disahkan bercerai pada Julai 2020.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden yang kini berusia tujuh tahun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI