fbpx

‘Jangan cemar nama baik kastam, roboh kepercayaan rakyat’ 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fadillah bergambar bersama penerima sijil anugerah selepas Majlis Sambutan Hari Kastam Sedunia Ke-43 Tahun 2025 di PICC, Putrajaya hari ini. - Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR / KOSMO!

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan warga kastam bahawa integriti dan amanah merupakan tunjang utama dalam perkhidmatan awam.

Katanya, insiden melibatkan enam pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dalam Ops Airways yang dikaitkan dengan sindiket penyeludupan vape di Pusat Kargo KLIA harus dijadikan iktibar.

“Saya menyeru agar JKDM terus memperkukuh nilai integriti dalam kalangan pegawai kerana matlamat kerajaan jelas, amalan rasuah dan pencabulan terhadap usaha mengangkat darjat negara ini akan ditemui dengan tindakan tegas.

“Tidak kira terhadap mana-mana individu sahaja. Jangan pernah sesekali kita mencemarkan nama baik jabatan dan meroboh kepercayaan rakyat kepada kita,” katanya.

Teks ucapan Anwar dibacakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof sempena Majlis Sambutan Hari Kastam Sedunia Ke-43 Tahun 2025 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.

Anwar berkata, seiring dengan perkembangan teknologi hari ini, dengan pembangunan teknologi kecerdasan buatan (AI) yang semakin kompleks diganding dengan kehidupan era ‘post-truth’, JKDM kini berdepan cabaran yang lebih kompleks.

Jelas beliau, jenayah-jenayah terdahulu tidak lagi terpacul dengan cara yang sama seperti hari ini. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI