fbpx

Isu ‘tong sampah dunia’ dibincangkan dalam Kepengerusian ASEAN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nik Nazmi ketika pelancaran Mobula 8 di Pulau Indah Marina, hari ini. - Foto oleh SADDAM YUSOFF / KOSMO!

KLANG – Malaysia akan menggunakan Kepengerusian ASEAN 2025 sebagai medan utama bagi mengelakkan negara di rantau Asia Tenggara menjadi ‘tong sampah’ kepada negara-negara maju.

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, langkah dan strategi itu penting kerana penghantaran sisa sampah termasuk plastik bukan sahaja dihadapi negara ini, malah Indonesia dan Filipina sejak negara China mengetatkan peraturan mereka mengenai pengimportan sebarang sisa pepejal.

Katanya, Malaysia khususnya mengharapkan lebih banyak komitmen dari negara-negara maju.

“Kita lihat malangnya sampai sekarang rantau Asia Tenggara dengan istilah yang tidak berapa cantiknya menjadi tong sampah bagi dunia.

“Tetapi, kita lihat ada beberapa perkembangan misalnya Kesatuan Eropah yang mana mereka ada dasar dan peraturan baharu iaitu tidak menghantar sampah mereka keluar dari negara-negara maju.

“Sebab ia (lambakan penghantaran sampah) bukan hanya masalah Malaysia sebaliknya juga dasar-dasar negara luar,” katanya ketika ditemui selepas melancarkan kapal pengutip sampah, Mobula 8 hari ini.

Beliau menegaskan, kementerian juga telah meminta kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) serta Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) agar mengurangkan pengimportan sisa plastik ke dalam negara ini.

“Ini disebabkan kita pun tidak cukup kitar semula plastik tempatan. Jadi itu satu pendekatan menyeluruh.

“Malah, sekarang di peringkat Kementerian Ekonomi dan KPKT memang ada dasar atau polisi ekonomi kitar semula yang kita akan sokong supaya dapat atasi masalah ini dengan lebih baik,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI