fbpx

Dua lelaki didakwa miliki senjata, merusuh di Jalan Klang Lama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur- GAMBAR HIASAN

KUALA LUMPUR – Dua lelaki yang terlibat dalam insiden kekecohan di hadapan sebuah kelab di Jalan Klang Lama didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memiliki senjata.

Bagaimanapun tertuduh, Agilan Gunaeegaran, 26, dan Anbu Selvam Ganesan, 19, mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret M.S Arunjothy.

Mereka didakwa mengambil bahagian dalam rusuhan dan memiliki pisau yang digunakan untuk menyerang di hadapan sebuah kelab di Jalan Klang Lama pukul 6.18 pagi pada 29 Januari lalu.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Vivi’Asnita Zaina’larifin tidak menawarkan sebarang jaminan kepada kedua-dua tertuduh.

Bagaimanapun peguam Varghese Onny memohon mahkamah memberikan jaminan ke atas anak guamnya.

“Agilan bekerja sebagai tukang gunting rambut dengan pendapatan RM1,800, manakala Anbu Selvam pula pemegang kad Orang Kelainan Upaya (OKU) dan pelatih “boiler” di kilang dengan gaji RM1,500.

“Mohon kedua-dua tertuduh diberikan ikat jamin,” kata peguam itu.

Selepas mendengar permohonan kedua-dua belah pihak, Majistret Arunjothy membenarkan kedua-dua tertuduh masing-masing diikat jamin RM1,500 dengan seorang penjamin.

Tarikh 18 April ini ditetapkan sebutan semula kes. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI