fbpx

Dr. Zulkifli beri bayangan Syed Saddiq kena kahwin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zulkifli ketika berjumpa Syed Saddiq di sebuah majlis perkahwinan baru-baru ini.

PETALING JAYA – “Sibuk-sibuk berpolitik, jangan lupa ada janji yang lebih manis daripada manifesto. Bila dah berdua, baru bersemangat sikit dalam Parlimen.”

Demikian usikan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri terhadap Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Zulkifli dalam satu hantaran di Facebook hari ini berkongsi gambar ketika beliau berjumpa Syed Saddiq di sebuah majlis perkahwinan tempoh hari.A

Melalui hantaran itu, Zulkifli sempat mengusik bekas Menteri Belia dan Sukan itu yang disifatkan sebagai anak muda yang baik dan beradab.

“Semoga dipermudahkan urusan beliau dalam menjaga kebajikan rakyat Muar.

“Pada saya, beliau ada potensi yang pergi lebih jauh dalam politik,” katanya.

Kebelakangan ini, Syed Saddiq sering dikaitkan bersama penyanyi dan pelakon, Bella Astillah apabila mereka mula rapat dan sering dilihat bersama.

Syed Saddiq baru-baru ini juga memuat naik hantaran istimewa di Instagram mengenai Bella yang menyifatkan selebriti itu sebagai pejuang yang sangat rajin, serba boleh, penyayang, ikhlas dan baik hati. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI