fbpx

‘Dah bercucu pun cantik’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Krisdayanti ketika membuat persembahan di pentas akhir GV11 semalam.

PETALING JAYA – Kemunculan penyanyi terkenal Indonesia, Krisdayanti dalam rancangan Gegar Vaganza musim ke-11 (GV11) yang berlangsung malam tadi membuatkan ramai peminat tanah air terpegun.

Mana tidaknya, kecantikan diva dari negara seberang itu kelihatan luar biasa walaupun sudah menginjak usia 49 tahun.

Bukan itu sahaja, persembahan pelantun lagu Menghitung Hari itu juga cukup memukau dengan kekuatan vokal saling tidak berubah sama seperti usianya ketika muda.

Bukan itu sahaja, rata-rata peminat di Malaysia terpegun melihat nenek kepada dua orang cucu itu membuat persembahan cukup hebat ketika bergandingan dengan Liza Aziz menerusi lagu berjudul Cinta.

“Cantik betul semalam tengok muka dia tak berkelip dekat televisyen. Lawa sangat, badan pun macam anak dara,” komen Aydeen.

“Tak sangka cantik macam ni dah ada cucu tau. Rindu sangat dengan persembahan Krisdayanti. Bila nak buat konsert lagi,” komen Fizrul.

“Awet muda je dari dulu. Suara vokal pun tak berubah. Memang hebat betul persembahan malam tadi,” komen Fathima pula.

Selain Krisdayanti, nama besar lain yang turut memeriahkan pentas akhir GV11 ialah Datuk Jamal Abdillah, Taufik Batisah dan Pasha Ungu, Dolla dan Jaclyn Victor.

Semalam GV11 melabuhkan tirainya dengan Liza Aziz dinobatkan sebagai juara sekali gus menewakan lima finalis yang lain.

Di tempat kedua, Ning Baizura membawa pulang wang tunai RM50,000, diikuti Sheila Abdull di tempat ketiga dengan hadiah RM30,000.

Dadali Dyrga menduduki tempat keempat dan membawa pulang RM20,000, manakala Zehra Zambri meraih tempat kelima dengan hadiah RM15,000. Trio Indonesia, The Lima, melengkapkan senarai dengan tempat keenam dan membawa pulang RM10,000. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI