fbpx

Calon penyerang Arsenal ledak 4 gol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RETEGUI memastikan Atalanta mengukuhkan kedudukan mereka dalam kelompok empat teratas Serie A ketika ini. - FOOTBALL ITALIA

VERONA – Penyerang Atalanta, Mateo Retegui berada dalam kelas tersendiri apabila meledak empat gol ketika membelasah Hellas Verona 5-0 pada aksi Serie A di Stadio Marcantonio Bentegodi kelmarin.

Retegui, 25, yang pernah dikaitkan dengan spekulasi perpindahan menyertai Arsenal bulan lalu, melengkapkan hatriknya dengan tiga gol dalam babak pertama bermula minit ke-21, 25 dan 44.

Bintang Itali dari Argentina itu memastikan jaringan keempatnya pada minit ke-56 selain satu lagi gol Atalanta dalam aksi tersebut dihasilkan oleh Ederson.

Prestasi cemerlang itu secara tidak langsung menebus kekecewaan Atalanta yang tersingkir di peringkat suku akhir Piala Coppa Itali selepas tewas 0-1 kepada Bologna baru-baru ini.

Kemenangan itu turut membolehkan Atalanta mengekalkan kedudukan ketiga Serie A dengan 50 mata, empat mata di belakang pendahulu liga, Napoli selepas mengharungi 24 perlawanan.

Menariknya, pengendali skuad antarabangsa Itali, Luciano Spalletti memuji perkembangan ditunjukkan Retegui yang kini mendahului carta penjaring terbanyak Serie A dengan 20 gol.

“Ini sesuatu yang bagus buat skuad kebangsaan. Bukan sahaja Mateo (Retegui) tetapi Moise Kean (penyerang Fiorentina) juga berada pada tahap yang bagus dengan 15 gol.

“Jadi saya gembira dengan penyerang-penyerang kami yang mana ia akan memberikan kelebihan kepada pasukan kebangsaan. Saya harapkan mereka dapat teruskan lagi perkembangan positif ini,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI