BANGKOK – Seekor biawak besar tanpa diduga, memasuki sebuah rumah dan mengejutkan seorang wanita berusia 78 tahun, lapor laman berita Thaiger semalam.
Kejadian berlaku di Bang Khun Thian, Bangkok
Wanita dikenali sebagai Phayao berkata, dia sedang menonton televisyen apabila haiwan itu memanjat melalui tingkap dan masuk ke dalam rumah.
Phayao yang lemah otot terkejut, namun hanya berdiam diri.
Dia cuba memanggil cucunya untuk mendapatkan bantuan.
Cucu perempuan itu datang dan kehadirannya menyebabkan reptilia itu ketakutan.
Biawak kemudian itu melarikan diri melalui tingkap lain tanpa mencederakan Phayao.
Anak perempuannya, Kannika, 49, percaya biawak itu dikejar oleh anjing peliharaan mereka dari kandang itik berhampiran.
Beberapa telur itik telah hilang sebelum kejadian itu, demikian menurut portal berita KhaoSod. – AGENSI