fbpx

Batalkan lesen Bazar Ramadan jika dijual semula kepada pihak ketiga – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar pada Perjumpaan Perdana Menteri Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri Bagi Bulan Februari 2025 di Puspanitapuri, Putrajaya hari ini. - Foto oleh FAISOL MUSTAFA / KOSMO!

PUTRAJAYA – Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan supaya Dewan Bandaraya Kuala Lumpir (DBKL) membatalkan serta-merta lesen perniagaan bazar Ramadan jika ada peniaga memindahkan lesen itu kepada pihak ketiga.

Perdana Menteri berkata, tindakan itu perlu kerana pemberian lesen juga perlu diberikan secara terus kepada peniaga itu sendiri tanpa melalui mana-mana ejen atau wakil.

Beliau berkata, keadaan itu sudah berlarutan saban tahun selepas ada ejen-ejen yang mengambil kesempatan dengan mendapatkan komisen besar.

“Malah, ada penjawat awam yang tahu tentang kegiatan itu dan turut bersekongkol. Kita kena pastikan, siapa yang dapat lesen, dia kerja.

“Kalau dia pindahkan lesen itu, batal segera serta-merta. Ini memerlukan keputusan dan penguatkuasaan yang baik. Jadi apa masalahnya untuk memberikan lesen perniagaan kepada orang yang berniaga dan tidak melalui wakil-wakil,” katanya ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan bersama warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini hari ini.

Katanya, masalah kepincangan lesen bazar Ramadan ini diakui turut berlaku di semua kota di negeri-negeri lain berpuluh-puluh tahun bukan sahaja di Kuala Lumpur.

Anwar berkata, beliau berharap tindakan tegas itu akan menjadi contoh penguatkuasaan di tempat-tempat lain bagi membantu peniaga mendapat hasil dan upah yang tinggi bagi persiapan Aidilfitri.

Dalam pada itu, Anwar turut mengingatkan tentang banyak keterlanjuran dalam bidang penguatkuasaan apabila banyak kedai haram dan kehadiran pendatang asing
muncul. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI