fbpx

Baru berjinak edar ketum, dadah dah kena cekup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBAHAGIAN daripada rampasan air ketum dibuat Polis Johor dengan menumpaskan sindiket pengedaran dadah dan air ketum yang aktif di bandar raya Johor Bahru sejak Disember tahun lalu.

JOHOR BAHRU – Kegiatan lima lelaki tempatan yang baru berjinak melakukan bisnes jual air ketum dan dadah tidak bertahan lama apabila mereka dicekup dalam tiga serbuan di sekitar bandar raya ini pada 5 Februari lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, kesemua suspek yang ditahan berusia antara 30-an hingga 40-an tahun disyaki baru bergiat aktif sejak Disember tahun lalu.

“Modus operandi digunakan sindiket ini adalah dengan menjadikan rumah teres sebagai tempat pembungkusan dan stor simpanan air ketum sebelum ia diedarkan ke pasaran tempatan.

“Dalam serbuan ini, polis merampas pelbagai jenis dadah antaranya 102 gram serbuk ekstasi; 7.57 gram syabu serta 108 liter air ketum dengan nilai keseluruhan rampasan sebanyak RM38,727,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Raub berkata, ujian urin dibuat mendapat tiga daripada suspek positif dadah jenis Nitrazepam, manakala dua daripada mereka mempunyai rekod lampau bersabit kesalahan dadah dan jenayah.

“Semua suspek direman enam hari sehingga esok bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 15(1)(a), Seksyen 39A(1), Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 serta Seksyen 30(3) Akta Racun 1952,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI