fbpx

‘Baby nangis, kita pun ikut nangis, jadi panik’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
INTAN mengagumi kekuatan dan kecekalan golongan wanita yang membesarkan anak tanpa bantuan pembantu.

PETALING JAYA – Pelakon Intan Najuwa menzahirkan rasa kagum dengan golongan ibu yang mampu menjaga anak mereka tanpa bantuan daripada pembantu atau ‘helper’.

Intan atau nama lengkapnya Intan Najuwa Abdul Wahid, 28, berkata, walaupun memiliki beberapa orang pembantu, kehidupannya huru-hara dan tidak mampu melakukannya seorang diri.

“Kepada semua ibu yang menjaga anak baru lahir tanpa pembantu, saya tabik sebab kalian memang kuat.

“Sejujurnya tidak sekuat kalian untuk jaga seorang diri, mungkin saya jenis mental tak kuat.

“Walaupun ada pembantu, saya pun pening. Bila anak menangis, saya ikut menangis. Anak baby, mak pun baby, jadi dua-dua pun menangis,” katanya dalam ketika membuat siaran langsung TikTok.

Tambah Intan, dia juga akan panik setiap kali puteri sulungnya, Imane Lunara menangis kerana tidak mengetahui apa yang dimahukan anaknya.

“Kemudian, kita tengah tukar lampin sambil dia menangis, kita pula jadi panik, jantung hampir terkeluar.

“Kadang-kadang tak tahu apa anak nak, sampai saya bercakap dengan anak, ‘Luna nak apa?’.

“Kemudian rumah pun terus huru-hara macam kapal karam terbalik,” jelasnya.

Dalam pada itu, Intan bersyukur diberikan rezeki untuk mengupah pembantu bagi memudahkan urusannya sebagai ibu.

“Sebab itu saya pelik namun kagum dengan mereka yang mampu jaga anak tanpa pembantu.

“Namun, semua ini bukan ada kena mengena dengan kekayaan, alhamdulillah ada rezeki untuk miliki pembantu.

“Yang bantu saya ramai tetapi ini pun sudah pening dan nak gila, rambut hampir nak botak,” selorohnya.

Terdahulu, Intan mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Datuk Ahmad Asraf, pada 18 Ogos 2023.

Pasangan itu menyambut kelahiran cahaya mata perempuan mereka, Imane Lunara, pada 15 Disember lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI