fbpx

Arif Aiman ikrar enggan tinggalkan JDT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ARIF AIMAN mengakui perlu terus berusaha lebih keras untuk mencapai tahap prestasi yang lebih baik berbanding ketika ini.

PEMAIN sensasi Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi mengakui tidak pernah terlintas untuk ‘angkat kaki’ daripada kelab kesayangannya dan mahu kekal menyarung jersi Harimau Selatan untuk tempoh yang panjang.

Menerusi temu bual yang dikeluarkan oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), Arif Aiman yang kini berusia 23 tahun percaya misi utama ketika ini adalah untuk meningkatkan prestasi di tahap tertinggi bersama JDT.

“Matlamat jangka panjang saya adalah untuk terus meningkat sebagai pemain dan terus beraksi pada tahap tertinggi untuk JDT. Saya perlu terus bekerja keras untuk berada di tempat saya hari ini.

“Saya berasa tahap saya masih belum cukup, jadi saya akan terus berusaha dan menumpukan kepada matlamat yang tinggi,” katanya.

Sebelum ini, nama Arif Aiman dikaitkan dengan perpindahan ke kelab luar negara pasukan berpangkalan di Liga Iran selain bakatnya juga diiktiraf oleh kelab penyokong pasukan Scotland, Rangers Journal.

Sementara itu, pemain sayap skuad kebangsaan itu percaya fokus kali ini adalah untuk memastikan pasukan dapat lolos ke pusingan kalah mati saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE).

“Kita telah memberikan yang terbaik sepanjang enam perlawanan lepas dan kita ada dua lagi perlawanan yang perlu ditempuh. Kita perlu perbaiki prestasi untuk memastikan misi ke pusingan seterusnya dapat direalisasikan,” katanya.

JDT ketika ini berada di Sydney, Australia untuk menentang Central Coast Mariners di Stadium Central Coast, esok.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI