fbpx

Ambulans tanpa pemandu berbunyi tengah malam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ambulans milik Pejabat Daerah Glagaharjo berbunyi secara tiba-tiba di tengah malam. - Detik Jogja

JAKARTA – Penduduk sebuah kampung di Sleman, Jogjakarta gempar apabila sebuah ambulans yang baru lepas digunakan untuk menghantar jenazah berbunyi secara tiba-tiba pada tengah malam, lapor laman berita Detik.

Ketua masyarakat setempat, Rambat Wahyudi berkata, kejadian berlaku pada Jumaat lalu sekitar pukul 12.45 tengah malam (waktu tempatan).

Menurutnya, ketika kejadian, tiada seorang pun individu berada di Pejabat Daerah Glagaharjo, tempat ambulans milik pihak berkuasa tempatan itu diletakkan.

Tambahnya, pagar pejabat tersebut juga dalam keadaan berkunci.

“Hasil pemeriksaan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) juga mendapati tiada sesiapa di situ,” katanya.

Menurut Rambat, selepas siren berbunyi, dia melihat beberapa penduduk masuk ke kawasan pejabat untuk cuba mematikan bunyi tersebut.

“Saya tidak pasti mengapa siren tiba-tiba berbunyi. Ketika saya memeriksa keadaannya, ia baik-baik sahaja,” jelasnya.

Seorang penduduk dikenali sebagai Tono berkata, dia dan beberapa orang sedang berkumpul berhampiran pejabat daerah ketika siren ambulans berbunyi.

Katanya, suasana yang awalnya hening bertukar kecoh apabila siren berbunyi dengan nyaring.

Dia dan beberapa penduduk kemudian pergi ke pejabat daerah untuk cuba memadamkan bunyi itu.

Tambah Tono, ambulans tersebut sebelum itu digunakan untuk menghantar jenazah.

“Ia digunakan untuk menghantar jenazah beberapa hari lalu, namun sudah dibersihkan. Tidak tahulah sama ada ia mempunyai kaitan atau tidak, namun ini kali pertama ia jadi begini,” katanya. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI