fbpx

6,500 beg tiruan bernilai RM2.34 juta dirampas di Terengganu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian beg tiruan yang dirampas semasa serbuan ke atas sebuah gudang penyimpanan di Kampung Raja, Terengganu semalam.

PETALING JAYA – Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya merampas 6,500 beg tiruan pelbagai jenama bernilai kira-kira RM2.34 juta dalam satu serbuan di Kampung Raja, Terengganu semalam.

Operasi bersepadu oleh Cawangan Risik Batalion 9 PGA bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah menyerbu sebuah gudang yang dipercayai menjadi pusat penyimpanan beg tiruan terbabit.

Menerusi satu kenyataan di laman Facebook Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA), hasil serbuan itu juga, pihak berkuasa turut menahan seorang lelaki tempatan berusia 32 tahun.

“Pemeriksaan lanjut membawa kepada rampasan 6,500 unit beg tiruan dengan anggaran nilai RM2.34 juta.

“Siasatan awal mendapati sindiket ini telah beroperasi sejak 2019 dan mendapatkan bekalan dari Thailand sebelum dipasarkan di Malaysia dan Singapura,” kata JKDNKA.

Menurut kenyataan itu, kes disiasat di bawah Seksyen 100 Akta Cap Dagang 2019 kerana memiliki dan menjual barangan tiruan tanpa kebenaran.

“Kejayaan ini membuktikan komitmen Pasukan Gerakan Am dalam menangani jenayah perdagangan barangan tiruan serta memperkukuhkan kerjasama dengan pihak KPDN untuk operasi akan datang,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI