fbpx

Wanna Ali sah milik Khairil Amri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WANNA Ali dan Khairil Amri Khalid selamat diijabkabulkan selepas tiga bulan bertunang.

PETALING JAYA – Dengan sekali lafaz, pelakon Wanna Ali selamat bergelar isteri kepada Khairil Amri Khalid dalam sebuah majlis tertutup sekitar pukul 10.40 pagi tadi.

Wanna atau nama sebenarnya Norsyazwana Mohd Ali 28, dinikahkan jurunikah, Ustaz Abdus Salam Mahmud dengan berwalikan bapanya, Mohd Ali.

Wanna yang merupakan anak kepada penerbit terkenal, Datuk Ayu Puteh turut menerima mas kahwin berupa 10 dinar emas dan sebentuk cincin.

Pengantin lelaki turut menyerahkan tujuh dulang hantaran dan dibalas sembilan dulang oleh pengantin perempuan.

Bagaimanapun, jumlah wang hantaran daripada pihak pengantin lelaki tidak dikongsi kepada umum.

Dalam majlis tersebut, Wanna anggun dalam persalinan serba putih rekaan Ezuwan Ismail.

Pada 2 Februari lalu, Wanna mendedahkan dirinya sudah bertunang dengan Khairil yang juga anak kepada bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar pada 9 November tahun lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI