fbpx

Pelajar rugi RM115,786 terperdaya sindiket phone scam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

TAIPING – Seorang wanita muda berusia 25 tahun di sini berputih mata apabila kerugian RM115,786 selepas terperdaya dengan sindiket ’phone scam’.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ismail berkata, pada pukul 6.07 petang, Rabu lalu, pihaknya menerima laporan daripada seorang pelajar universiti di luar negara.

Katanya, mangsa mendakwa dia diperdaya oleh sindiket penipuan yang menyamar pihak berkuasa. Siasatan mendapati pada pukul 1.04 tengah hari, 13 Januari lalu, wanita itu menerima panggilan daripada seorang lelaki yang mengakui wakil kedutaan China.

“Suspek memaklumkan nombor telefon yang didaftarkan atas nama pengadu digunakan untuk membuka akaun yang terlibat dengan aktiviti penggubahan wang haram dan panggilan disambung ke balai polis di China,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohamad Nasir berkata, pengadu bercakap dengan seorang individu yang mengaku polis dan pendakwa raya yang kemudian meminta wanita itu memberikan maklumat akaun bank, kad pengenalan dan alamat.

“Oleh kerana pengadu dalam ketakutan, dia memberikan maklumat seperti yang diminta. Wanita itu juga diminta masukkan wang ke dalam lima akaun bank diberikan.

“Sejak 15 Januari sehingga 4 Februari lalu, mangsa memindahkan wang berjumlah rm115,786 ke dalam lima akaun. Pada 4 Februari, mangsa dimaklumkan siasatan telah selesai dan diarahkan pergi ke balai terdekat untuk mendapatkan surat ‘proof of innocence’.

“Mangsa hanya menyedari dia ditipu apabila dia datang ke balai polis dan bertanyakan tentang perkara tersebut. Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI