fbpx

Tinggalkan kereta di ‘mall’, selamatkan diri balik naik Grab

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang kakitangan premis di sebuah pusat beli-belah di Setia Alam membantu sebuah keluarga melalui laluan khas untuk keluar dari bangunan selepas arahan pengosongan.

PETALING JAYA – Sebuah keluarga yang berkunjung di pusat beli-belah di Setia Alam terbabit dengan kes tembakan malam tadi, sanggup pulang ke rumah menaiki e-hailing serta meninggalkan kereta dinaiki mereka di situ, untuk menyelamatkan diri dengan segera.

Menerusi TikTok Syazashaman, ketika kejadian dia berada di sebuah premis di dalam pusat beli-belah tersebut bersama anak-anaknya.

“Pertama kali melalui detik macam ni. Mencemaskan sungguh, tembakan di Setia City Mall. Kena kosongkan (bangunan), kebetulan dalam Parkson.

“Staf Parkson bantu tunjuk jalan ikut laluan staf, bersama anak-anak lagi. Awal kejadian, saya dengar empat kali tembakan dan suami tiada bersama saya,” katanya menceritakan detik tersebut.

Wanita itu memaklumkan, dia terus menghubungi suaminya dan mereka berasa lega apabila dapat berkumpul bersama.

“Akhirnya kami balik naik Grab saja. Kereta nanti-nanti boleh datang ambil, selamatkan nyawa dulu,” katanya.

Menerusi ruangan komen, ramai yang menyatakan rasa simpati kepada pengunjung terhadap kejadian berkenaan.

“Kalau saya dah menggigil satu badan terus tak boleh kawal. Allahu, syukur semua selamat,” komen seorang pengguna TikTok.

“Ya Allah risau bila melibatkan budak-budak dalam tu lagi,” kata seorang individu lain.

Kosmo! melaporkan, polis mengesahkan seorang lelaki cedera ditembak suspek di dalam sebuah pusat beli-belah di Setia Alam, malam tadi.

Kejadian kira-kira pukul 10 malam itu melibatkan mangsa yang juga orang awam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim dilaporkan berkata, siasatan setakat ini mendapati lelaki itu ditembak seorang penjenayah di kawasan premis tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI